Zikir Dan Doa
Zikir Selepas Solat
Istighfar
أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ
“Aku memohon keampunan-Mu ya Allah, Aku memohon keampunan-Mu ya Allah, Aku memohon keampunan-Mu ya Allah.”
Zikir Salam
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
“Ya Allah, Engkaulah As-Salam yang sejahtera daripada segala aib, dan daripada-Mu keselamatan, Maha berkat Engkau, Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”
[Sahih Muslim (592)]
Tahlil
لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَ لاَ مانِعَ لِمَا أَعْطَـيْتَ وَلا مُعْطِـيَ لِما مَنَـعْتَ، وَلاَ يَنْفَـعُ ذَا الجَـدِّ مِنْـكَ الجَدُّ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi-Nya segala kekuasaan dan segala pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu, Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi, serta tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau.”
[Sahih al-Bukhari (1/255), Sahih Muslim (1/414)]
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ، وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ. لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. . Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Milik-Nya segala nikmat, bagi-Nya segala kelebihan dan bagi-Nya pujian yang elok. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, kami mengikhlaskan ibadah hanya kepadaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
[Riwayat Muslim (1/415)]
سُبْحَانَ اللَّهِ
“Maha Suci Allah” (33 kali)
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
“Segala puji bagi Allah” (33 kali)
وَاللَّهُ أَكْبَرُ
“Allah Maha Besar” (33 kali)
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi-Nya kekuasaan dan pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”
Kelebihan: Sesiapa yang membaca zikir ini setiap kali selepas solat, maka dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.
[Riwayat Muslim (1/418)]
Surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas
Selepas Solat Maghrib dan Subuh dibaca 3 kali, manakala Selepas Solat Zohor, Asar dan Isyak dibaca 1 kali
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌ ٤
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (1). Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2). Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan (3). Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya (4).”
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan (2) Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk (3) Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) (4) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya (5)”
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia (1) Yang Menguasai sekalian manusia (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6)”
Kelebihan: Sesiapa yang membaca tiga surah ini sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, maka bacaan itu akan mencukupinya sebagai pelindung daripada segala bahaya.
[Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud (4/322) dan at-Tirmizi (5/567). Sahih at-Tirmizi (3/182) mengesahkan bahawa hadis ini adalah sahih.]
Ayat Kursi
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah al-Baqarah, ayat 255]Kelebihan : Sesiapa yang membaca doa ini pada waktu pagi, dia akan terpelihara daripada gangguan jin sehingga ke waktu petang; dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia akan terpelihara daripada gangguan jin sehingga ke waktu pagi.
.
[Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim (1/562). Dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib (1/273) menilai hadis ini sebagai sahih, serta menyebut bahawa hadis ini juga diriwayatkan oleh an-Nasa’i dan at-Tabarani, dan sanad riwayat at-Tabarani adalah baik (jayyid).]
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi-Nya kekuasaan dan pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.” [Hadis Riwayat Muslim] (Selepas solat maghrib dan subuh dibaca 10 kali)Kelebihan :
Sesiapa yang membaca zikir ini setiap kali selepas solat, maka dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.
.
[Riwayat Muslim (1/418)]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” (Selepas solat subuh dibaca 1 kali)
Rujukan
Al-Azkar al-Muntakhabah min Kalaam Sayyid al-Abraar. al-Imam Muhyiddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi (Imam an-Nawawi). Dar Ibnu Khuzaimah.
Ensiklopedia Dzikir & Doa al-Imam an-Nawawi. Izzudin Karimi, Ahmad Syaikhu & Luqman Hakim. Darul Haq.
Hisnul Muslim. Syaikh Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani.
Terjemahan Hisnul Muslim: Perisai Muslim, Himpunan Doa dan Zikir daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman.
Inilah Doaku. Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Zikir dan Doa Muslimah Solehah. Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa & Abu Ayyub El-Faruqi. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Koleksi Doa & Zikir, Adab & Panduan Berdoa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW. Ustaz Salehuddin bin Abu Samah.
Rujukan
Al-Azkar al-Muntakhabah min Kalaam Sayyid al-Abraar. al-Imam Muhyiddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi (Imam an-Nawawi). Dar Ibnu Khuzaimah.
Ensiklopedia Dzikir & Doa al-Imam an-Nawawi. Izzudin Karimi, Ahmad Syaikhu & Luqman Hakim. Darul Haq.
Hisnul Muslim. Syaikh Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani.
Terjemahan Hisnul Muslim: Perisai Muslim, Himpunan Doa dan Zikir daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman.
Inilah Doaku. Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Zikir dan Doa Muslimah Solehah. Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa & Abu Ayyub El-Faruqi. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Koleksi Doa & Zikir, Adab & Panduan Berdoa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW. Ustaz Salehuddin bin Abu Samah.