Aplikasi Madkhal, Jalan Penyelesaiannya!

Pernah dengar tentang Madkhal, El Madkhal Sdn Bhd atau aplikasi Madkhal? Jika tidak, inilah saatnya untuk anda luangkan sedikit masa membaca coretan ini. Kerana selepas membacanya, anda pasti akan tidak menyangka bahawa inilah konten yang anda inginkan selama ini dan ia berada di hujung jari anda. Apa itu Madkhal?

Madkhal merupakan satu aplikasi digital pembelajaran Islam yang baharu dibangunkan oleh syarikat El Madkhal Sdn Bhd dan boleh diakses melalui telefon pintar, tablet, dan komputer riba. Kandungan utama aplikasi Madkhal akan disampaikan melalui video-video atau kuliah secara bersiri berkenaan topik ilmu agama Islam yang disusun secara berstruktur, bermula daripada ilmu asas, sehingga ke peringkat lebih tinggi.Objektif Madkhal adalah untuk memberi akses dan panduan ilmu agama Islam buat segenap masyarakat Melayu Islam. Madkhal juga bertujuan untuk meluaskan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Islam terhadap khazanah Ilmu dan tradisi Islam serta memartabatkan para ilmuan dan Asatizah tempatan sesuai bagi konteks nusantara. Madkhal menyediakan 7 cabang ilmu teras yang berkait rapat dengan kehidupan seorang muslim. Dimulai dengan ilmu asas( Fardu Ain), seterusnya Ilmu Syariah, Ilmu Sirah, Ilmu al-Quran, Ilmu Hadis, Ilmu Akhlak serta Ilmu Akidah. Kesemua 7 cabang ilmu ini adalah penting bagi setiap individu Muslim mempelajarinya. Setiap cabang  ilmu tersebut mempunyai 5 ke 6 siri kuliah secara episod yang berdurasi sekitar 30 ke 40 minit setiap daripadanya.

Zaman kini yang dikategorikan sebagai dunia merentasi sempadan, membolehkan sesuatu ilmu itu diperoleh dari pelbagai sumber sehinggakan bercampur aduk antara yang sahih dan sebaliknya. Oleh itu, aplikasi Madkhal menyajikan input atau ilmu yang sahih dan berautoriti kerana ia dinasihati oleh Ashabus Samahah Mufti Selangor,  Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir dan Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Haji Mohamed Sabri bin Haron selaku panel penasihat khas aplikasi Madkhal. Setiap konten dan asatizah yang dijemput oleh El Madkhal Sdn Bhd akan mendapat pengesahan dan persetujuan daripada Ashabus Samahah berdua.

Berita baik buat anda, aplikasi Madkhal sudah boleh dimuat turun secara PERCUMA melalui Google Playstore:https://play.google.com/store/search?q=madkhal&c=apps&hl=en-MY dan Appstore: https://apps.apple.com/my/app/madkhal/id6479597417 serta menjadi sebahagian daripada Madkhal. Ahli percuma akan diberi akses episod 1 bagi setiap modul kuliah secara penuh dan untuk terus mengakses episod yang seterusnya perlu kepada langganan. Aplikasi Madkhal menyediakan dua pakej langganan iaitu Pelan Premium Bulanan pada harga RM8.90 sebulan dan Pelan Premium Tahunan pada harga RM79.90 setahun. 

Terdapat 3 kelebihan utama aplikasi Madkhal yang membuatkan anda tertarik dengan aplikasi ini: 

  1. Harga Sangat Mampu Milik: Pakej Langganan aplikasi Madkhal adalah yang termurah jika dibandingkan dengan aplikasi islamik yang lain iaitu serendah RM8.90 sebulan
  2. Akses kepada Ilmu yang sahih dan berautoriti: Kandungan agama seperti infografik berserta siri video di dalam aplikasi Madkhal dibangunkan oleh para ilmuan dan asatizah tempatan yang dipantau oleh panel penasihat khas
  3. Mudah diakses: Aplikasi ini boleh diakses dimana-mana sahaja anda berada kerana ia berada dalam telefon pintar anda dan hampir setiap masa anda bersamanya dan juga boleh diakses dengan alat peranti yang lain seperti komputer, laptop dan tablet atau IPad

Sebagai kesimpulannya, Aplikasi Madkhal terus komited untuk memberikan input ilmu agama yang sahih secara inovatif dan berkesan dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam. Dengan mengekalkan video yang berkualiti dan perkhidmatan pelanggan yang unggul, Madkhal berusaha untuk menjadi pemimpin dalam industri aplikasi Islam dan terus berkembang seiring dengan perubahan zaman. Dengan sokongan padu daripada pengguna, kami yakin dapat mencapai visi untuk membawa perubahan positif dalam kualiti kehidupan Islam anda. Jangan lupa muat turun aplikasi Madkhal secara percuma sekarang dan jadikan aplikasi ini wajib bertapak dalam telefon anda!

Kongsikan Artikel Ini

QURAN
madkhaladmin

Islam sebagai Panduan Hidup

Islam, sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT, adalah rahmat dan petunjuk yang diberikan kepada seluruh umat manusia. Melalui ajaran-ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW,

Baca Selanjutnya >