Siri video bagi Ilmu Akidah Islam akan memberi kefahaman yang jelas dan menyeluruh tentang asas kepercayaan seorang Muslim terhadap Allah SWT, Rasul-rasul-Nya, kitab serta perkara-perkara ghaib yang menjadi tunjang keimanan. Siri ini menekankan kepentingan akidah yang sahih berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta pemahaman para sahabat dan ulama terdahulu dan kontemporari.
Penonton akan diperkenalkan kepada struktur rukun iman, serta bagaimana konsep-konsep akidah diterapkan dalam kehidupan seharian. Siri ini akan mengetengahkan prinsip-prinsip utama akidah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta pemahaman generasi terbaik umat ini, iaitu Ahlus Sunnah wal Jama’ah (ASWJ). Penonton akan diberi pendedahan tentang rukun iman, konsep tauhid, serta cara menghindari penyimpangan akidah yang boleh merosakkan keimanan seperti syirik, bidaah dan fahaman sesat.
Di antara subtopik yang akan disampaikan ialah:
● Pengenalan bagi ilmu Akidah dan Tauhid
● Beriman kepada Allah & Malaikat
● Beriman kepada Rasul & Kitab
● Beriman kepada Hari Akhirat serta Qada dan Qadar
● Ahli Sunnah wal Jama’ah (ASWJ)



