Siri-siri video bagi Ilmu Syariah akan meningkatkan pemahaman para penonton tentang Syariah yang diturunkan Allah SWT serta hukum-hakam bagi perkara-perkara di dunia ini. Ia merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang komprehensif dalam ilmu Syariah dan Fiqh, termasuklah sejarah perkembangan perundangan hukum, pendedahan asas cara ulama mengeluarkan hukum melalui metodologi Usul Fiqh, kaedah-kaedah dalam penentuan hukum Islam, serta memahami konsep tujuan dan objektif Syariah. Ia juga akan mendedahkan para penonton untuk mengenali aliran mazhab-mazhab fiqh utama di dunia. Berikut adalah senarai modul-modul yang akan ditawarkan bagi Ilmu Syariah:
- Pengenalan bagi Ilum Syariah dan Fiqh
- Tarikh Tasyri’
- Usul Fiqh
- Qawaid Fiqh
- Maqasid Syariah
- Fiqh Ibadah dan seterusnya